ETA Visa Australia Tak Lulus? Ada visa lain?

Ramai yang apply visa ke Australia last minute (kurang 1 bulan dari tarikh travel ke Australia) dan bila visa direject / tak lulus, tak sempat masa untuk buat rayuan walaupun travel plan adalah genuine dan duit cukup untuk travel.

Ada yang stress & geram bila Australia Visa Rejected namun ada cara untuk selesaikan benda ni jika cukup masa.

Visa nak melancong ke Australia ada banyak jenis. Ada 2 yang biasa rakyat Malaysia apply.

Jenis Visa ke Australia 1: ETA601 
Sistem elektronik, jadi boleh tahu status dalam tempoh 24 jam. Paling laju 10 minit dari waktu apply. Kami menggunakan Whatsapp sahaja. Maksudnya anda whatsapp passport copy kepada kami, buat bayaran menggunakan kad kredit, kad debit atau online banking, dan kami hantarkan keputusan melalui whatsapp (gambar & pdf).

Nak tengok testimonial? Boleh check instagram.com/etavisaaustralia . kalau nak buat visa, whastapp terus ke 0182476500.

Jenis Visa ke Australia 2: ETA600
Visa dibuat secara manual, dokumen diperiksa secara manual, ada staff yang periksa satu-satu dokumen anda. Harganya RM640 macam tu dan biasanya ambil masa 2-3 minggu. Kalau ETA601 tak lulus, ini visa yang anda perlu apply. Tapi yang ini pun tiada jaminan akan lulus.

Visa Australia Rejected

Antara punca kenapa Visa ke Australia menjadi ketat ialah ramai rakyat Malaysia yang bekerja petik buah-buahan secara haram di Australia menggunakan visa melancong.

Bagi membendung perkara ini, visa diberikan untuk mereka yang betul-betul nak melancong sahaja. Jadi anda kena buktikan yang anda memang nak melancong.

Jenis – Jenis Passport Malaysia Yang Selalu Kena Reject

Dua jenis passport yang selalu kene reject ialah
1- Pasport baru. Kalau baru buat 1-2 bulan biasanya 70% tak lepas. Tapi ada je yang lepas
2- Berumur 18-30. Biasanya lelaki. Tapi ada jugak yang lepas.

Sebab bagi kerajaan Australia, ini data orang yang datang nak bekerja secara haram. Tapi kadang-kadang ada yang lepas.

Jika visa anda tidak lepas, apa yang Embassy nak tahu ialah
1- apa perancangan travel anda ke Australia
2- dengan siapa travel, cukup duit ke, etc..

So, tak perlu walk-in ke embassy sebab mereka takkan layan. Rayuan hanya boleh buat melalui email: [email protected]

Proses ini akan ambil masa 14 hari bekerja atau 3 minggu.
Untuk proses rayuan, sila download borang ini, http://bit.do/rayuform dan lengkapkan.
Kemudian emailkan borang beserta dokumen di bawah ke email [email protected] :-

  1. Passport page
  2. Gambar ETA yang tidak lulus
  3. Bank Statement (2 bulan & minimum RM6k)
  4. Bukti pekerjaan di Malaysia (surat lantikan & slip gaji)
  5. Senarai traveller yang travel bersama (nama penuh & nombor passport)
  6. Flight ticket (jika sudah beli)
  7. Hotel Booking (Jika sudah ada)
  8. Jadual lawatan (Itinerary)
  9. Geran tanah/ kereta (jika ada)
  10. lain² dokumen menyokong permohonan rayuan (jika ada)

*Remark:*

Sertakan ayat yang menyatakan tujuan tuan / puan ke Australia adalah untuk bercuti /  business trip dan bukan untuk tujuan overstay / bekerja. Ini kerana kerajaan Australia sangat memandang serius rakyat Malaysia yang ke Australia untuk bekerja di sana tanpa memohon visa pekerja yang sepatutnya.

Keputusan permohonan rayuan / appeal selalunya mengambil masa dalam tempoh 14 hari berkerja (3 minggu). Pastikan anda mendapat auto-reply dari mereka selepas menghantar email rayuan.

Jika ada lebih dari 1 passport yang tidak lepas yang travel bersama-sama dengan anda, tulis email setiap 1 dari email yang berbeza.

Jika rayuan/ appeal kes anda tidak berjaya juga, anda boleh mohon visa lain di VFS Global. (www.vfsglobal.com/australia/malaysia/index.html)
– visitor visa (RM640 secara manual + interview)
– permanent entry visa
– medical treatment visa
– work & holiday visa

http://www.vfsglobal.com/australia/malaysia/visitor_visa.html

Beli tiket penerbangan dulu atau buat visa dulu?

BUAT VISA DULU!! Sebab visa valid 1 tahun. Apply sekarang 0182476500 untuk travel pada July 2020 pun boleh.

Leave a Reply

Close Menu