Panduan Rayuan Visa ke Australia / Australia Visa Appeal Guide

ETA VISA CANNOT BE GRANTED AS MORE INFORMATION REQUIRED

ETA Visa ke Australia tidak lulus anda perlu menghantar rayuan kepada pihak Australia Embassy.

Antara sebab visa tidak lulus adalah:
– Passport baru (kurang 2 minggu)
– Disyaki sebagai pelancong yang ingin mencari pekerjaan atau berhijrah di Australia
– Pernah ke Australia & tinggal lebih masa semasa lawatan sebelum ini
– Ada rekod jenayah lampau atau disenarai-hitamkan oleh kerajaan tempatan

Proses rayuan perlu menggunakan emel peribadi kepada Australian Embassy dan anda perlu mengikuti garis panduan rayuan ETA visa satu persatu seperti tertera di bawah. Jika terdapat lebih dari satu visa yang tidak lulus, setiap permohonan hendaklah dihantar secara berasingan dari alamat emel peribadi yang berbeza kerana pihak Australia Embassy akan menghubungi anda jika terdapat pertanyaan tambahan.

1) Muat turun borang rayuan di http://bit.do/rayuform dan lengkapkan
2) Sertakan satu surat rayuan yang menyatakan tujuan anda ke Australia
3) Emelkan ke [email protected] berserta dokumen – dokumen di bawah
– Gambar muka hadapan passport
– Gambar visa yang tidak lulus
– Penyata bank terbaru (sekurangnya 2 bulan)
– Bukti pekerjaan bersama slip gaji di Malaysia sekiranya ada
– Senarai nama penuh & nombor passport yang akan bersama dalam lawatan
– Tiket penerbangan jika ada
– Bukti tempahan hotel jika ada
– Rancangan perjalan di Australia (itinerary)
– Geran tanah / kereta jika ada
– Sebarang dokumen yang boleh memyokong permohonan anda

Nota:
Kerajaan Australia memandang serius isu warga Malaysia yang ke Australia dan tinggal lebih masa untuk bekerja atau berhijrah ke sana tanpa memohon visa kerja.
Keputusan permohonan rayuan mengambil masa 3 minggu. Pastikan anda mendapat bukti penerimaan rayuan setelah anda menghantar emel.
Jika rayuan anda masih tidak diluluskan anda boleh memohon visa lain di VFS GLOBAL (www.vfsglobal.com/australia/malaysia/index.html) pada harga RM640 (permohonan manual beserta temuduga) dan visa lain di Australian Embassy (permanent entry visa / medical treatment visa / work & holiday visa)

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, kami sedia membantu melalui whatsapp 

Visa Kangaroo +60182476500 (whatsapp sahaja)
Australian Embassy +603 2146 5555
VFS Global +603 2166 6550

Leave a Reply

Close Menu