JENIS JENIS VISA KE AUSTRALIA

Sekiranya anda merancang percutian ke Australia atau melawat kenalan atau keluarga, anda perlu memohon visa pelancong.

Visa pelancong ke Australia membolehkan anda:

  Melancong dan menginap di Australia selama 3 bulan

  Belajar selama 3 bulan maksimum

  Bekerja sebagai sukarelawan (abda tidak boleh membuat kerja yang bergaji)

Terdapat 3 jenis visa yang anda boleh pohon dalam talian untuk melawat ke australia untuk tujuan pelancongan atau aktiviti berkaitan perniagaan

Evisitor visa (subclass 651)

Visa ini membolehkan anda tinggal di Australia selama maksimum 3 bulan dari tarikh tiba di Australia untuk tujuan percutian, lawatan perniagaan, atau mengunjungi keluarga atau kenalan.

Nota: visa ini membolehkan anda berada di Australia selama 3 bulan, walaubagaimanapun visa tersebut sah selama tempoh 12 bulan

daripada tarikh evisitor disahkan. Sepanjang tempoh ini anda boleh melakukan seberapa banyak perjalanan ke Australia seberapa banyak yang anda kehendaki.

Untuk memohon ETA visa anda mesti berrada di luar Australia dan memegang passport negara yang layak.

Tempoh pemprosesan untuk eVisitor kebiasaannya cepat. Anda akan menerima respons dalam tempoh 24jam selepas pemohonan. anda akan dimaklumkan melalui email sebaik sahaja permohonan anda diluluskan.

 Visa tersebut sah selama tempoh 12 bulan dari tarikh diluluskan.

Electronic Travel Authority or ETA (subclass 601)

Visa ini membolehkan anda tinggal di Australia selama maksimum 3 bulan dari tarikh tiba di Australia untuk tujuan percutian, lawatan perniagaan, atau mengunjungi keluarga atau kenalan.

Nota: visa ini membolehkan anda berada di Australia selama 3 bulan, walaubagaimanapun visa tersebut sah selama tempoh 12 bulan daripada tarikh evisitor disahkan. Sepanjang tempoh ini anda boleh melakukan seberapa banyak perjalanan ke Australia seberapa banyak yang anda kehendaki.

Untuk memohon ETA visa anda mesti berrada di luar Australia dan memegang passport negara yang layak.

Tempoh pemprosesan untuk eVisitor kebiasaannya cepat. Anda akan menerima respons dalam tempoh 6 jam selepas pemohonan.

Visa tersebut sah selama tempoh 12 bulan dari tarikh diluluskan.

Anda boleh memohon ETA visa di website ini sekiranya anda memegang passport dari negara; Brunei, Canada, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan & Amerika Syarikat. Senarai penuh ada di maklumat am.

Sekiranya negara anda tidak tersenarai dalam negara yang layak memohon secara whatsapp melalui kami, anda boleh memohon melalui imigresen atau kedutaan Australia.

Bayaran servis fee dikenakan sebanyak RM20 setiap pemohon.

Tempoh masa pemprosesan adalah sekitar 6jam tetapi mungkin mengambil masa selama sehingga 12 jam.

Visitor Visa (subclass 600)

Bagi mereka yang ingin tinggal di Australia melebihi 3 bulan, visa pelawat membolehkan anda tinggal di Australia sehingga tiga, enam atau 12 bulan.

Anda boleh memohon dalam talian berada di dalam atau di luar Australia.

Bagi mereka di Australia yang ingin memohon secara dalam talian, anda perlu memegang visa semasa tanpa syarat ‘No Further Stay’.

Sekiranya anda berada di luar Australia, hanya pemegang pasport negara tertentu yang boleh memohon secara dalam talian (United Kingdom, Finland, Ireland, Perancis, Jerman dll).

Jika anda tidak boleh memohon secara dalam talian, anda boleh membuat permohonan di imigrasi Australia..

Caj permohonan untuk visa ini sekitar $135 hingga $340. Kos bergantung kepada sama ada anda memohon semasa di Australia atau luar Australia.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa jika anda memohon Subclass 600 selepas Visa Holiday Working, caj aplikasi akan lebih tinggi. ‘Subsequent Temporary Application Charge’ sebanyak $ 700 akan digunakan (jika permohonan dihantar di Australia).

Masa pemprosesan untuk visa Pelawat boleh berbeza-beza bergantung kepada keadaan anda. Ia boleh mengambil masa beberapa hari sehingga sebulan.

Close Menu