MOHON ETA VISA

Snap passport & hantar kepada kami

Buat bayaran secara online

Screenshot & fail PDF akan dihantar kepada anda
VISA LAST MINUTE AUSTRALIA?

Jika anda memerlukan visa Australia dalam kadar segera (last minute), kami boleh membantu anda sepantas 10 minit, tanpa bayaran tambahan.

Apakah ETA Visa ke Australia?
ETA (Electronic Travelling Authority) bermaksud Kawalan Perjalanan Elektronik. Visa ETA adalah e-visa yang tersimpan secara elektronik yang berfungsi sama seperti visa bercetak.
Pemegang visa tidak mempunyai setem atau label pada pasport mereka. Walau bagaimanapun, terdapat pautan elektronik yang menghubungkan nombor pasport pemegang visa dengan maklumat ETA yang boleh diakses oleh ejen pelancongan, syarikat penerbangan, serta pihak berkuasa Australia.
Hanya pasport yang dihubungkan dengan Visa ETA boleh digunakan untuk perjalanan ke Australia. Jika anda menukar nombor passport, visa baru perlu dipohon.

Visa ETA Australia
Anda boleh mendapatkan visa ETA Australia pada bila-bila masa kerana perkhidmatan pemprosesan ini tersedia 24 jam, 7 hari seminggu dalam talian.
Mana-mana pemegang pasport dari Malaysia dan beberapa negara lainboleh memohon visa ETA Australia dan melawat Australia untuk tujuan pelancongan atau perniagaan tanpa had dalam tempoh sah, iaitu 12 bulan dari tarikh visa diluluskan.
Setiap lawatan membolehkan pemegang visa tinggal di Australia sehingga 3 bulan dan tempoh sah visa bermula selepas ianya dikeluarkan.
Laman web www.visa-australia.my adalah pusat pilihan di Malaysia untuk memproses visa Australia
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON VISA ETA AUSTRALIA?

Pemohon visa ETA Australia harus memenuhi syarat-syarat berikut:
Pemohon mestilah tinggal di luar wilayah Australia.
Pemohon hendaklah merupakan warganegara bagi negara yang layak memohon sahaja.
Pemohon tidak boleh didiagnosis dengan penyakit tuberkulosis
semasa datang ke Australia.
Pemohon mestilah tidak pernah disabitkan dengan rekod jenayah terdahulu yang mengakibatkan hukuman penjara lebih daripada 12 bulan.
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENDAPAT VISA PELANCONG ETA AUSTRALIA.
Terdapat juga persamaan antara ciri-ciri visa pelancong ETA Australia dan visa perniagaan ETA Australia. Walau bagaimanapun, berikut adalah ciri tambahan visa pelancong ETA:
Visa tersebut sah selama 1 tahun sejak tarikh kelulusan.
Visa ini mempunyai tempoh tinggal selama 3 bulan yang dibenarkan dan pemegangnya harus meninggalkan wilayah Australia sebelum 3 bulan. Walau bagaimanapun, anda boleh memasuki wilayah selepas beberapa hari untuk tinggal selama tempoh 3 bulan lagi, dan ulangi proses sehingga visa tamat.
Pemegang visa boleh melawat mana-mana bahagian wilayah Australia untuk tujuan pelancongan. Di samping itu, pemegang itu boleh melawat saudara-mara dan rakan mereka yang tinggal di Australia.
Pemegang visa boleh menghadiri kursus pengajian, seperti kursus Bahasa Inggeris, yang mempunyai tempoh kurang dari 3 bulan dalam Australia.
Pemegang visa boleh mencari kerja jika mereka mempunyai tujuan untuk berpindah ke Australia pada masa akan datang. Mencari pekerjaan mereka termasuklah menghadiri sesi tidak formal yang dapat membantu mereka melihat budaya dan gaya hidup lokasi pilihan mereka
PERKARA-PERKARA YANG HARUS DIELAKKAN SELEPAS MENDAPAT VISA ETA AUSTRALIA
Selepas permohonan visa ETA Australia berjaya dan anda sudah pun berada di Australia, pemegang visa tidak seharusnya terlibat dengan kerja yang berbayar.
Dalam keadaan yang tertentu, pemegang visa boleh terlibat dengan kerja sukarela, tetapi penglibatan itu tidak seharusnya menjadi tujuan utama untuk perjalanan ke Australia.

MENGAPA MEMOHON DENGAN WWW.VISA-AUSTRALIA.MY?
Kami menawarkan khidmat permohonan Visa ETA ke Australiauntuk pelancong/perniagaan dalam masa 6 jam (atau 10 minit untuk visa last minute)
Harga yang kami tawarkan amat murah: Cuma RM 20. Tiada kadar tambahanatau tersembunyi!
24/7 layanan melalui whatsapp
TESTIMONI










