Australia Visa Application From Malaysia

Untuk masuk ke Australia, setiap pelancong dari Malaysia perlu ada satu visa yang dipanggil ETA Visa = Electronic Travel Authority for Australia. Kami menyediakan perkhidmatan Australia Visa from Malaysia

Bagi apply Visa ini, anda boleh apply online dengan harga 20AUD atau boleh apply dengan kami di travel agency pada harga RM20 per passport. Dan akan siap dalam masa beberapa jam. Kami menyediakan proses penyediaan VISA ETA ke Australia dengan HARGA YANG MURAH.

HARGA VISA = RM20 per passport

Whatsapp untuk apply visa ke Australia = 0182476500

 KLIK SINI UNTUK WHATSAPP

Dokumen yang diperlukan untuk ETA Visa ke Australia ialah passport yang valid lebih dari 6 bulan dari tarikh balik ke Malaysia selepas lawatan.

lepas siap, anda boleh print VISA ini untuk letak di dalam passport anda (kepilan)

Warganegara yang boleh apply ETA Visa ini ialah warganegara Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, United States, Canada, British National(UK), United Kingdom, British Overseas Citizen(UK), Sweden, Hong Kong, Greece, Norway, Italy, Japan, Belgium, France, Finland, Monaco, Germany, Andorra, Austria, Malta, San Marino, Liechtenstein, Luxembourg, Ireland, Portugal, Netherlands, Vatican City State, Republic of Korea, Spain, Denmark, Iceland, & Switzerland.

Prasyarat dan Sekatan untuk Australia ETA
Keperluan:
Syarat sah pasport mestilah sekurang kurangnya 6 bulan
Pemohon mestilah berada di luar wilayah Australia semasa memohon visa ETA Australia
Pemohon mestilah warganegara salah satu negara yang diterima untuk visa
Pemohon tidak boleh menderita batuk kering pada saat ketibaan mereka di wilayah Australia.
Mereka tidak seharusnya mempunyai sabitan jenayah.

Sekatan:
Dengan visa ETA Australia tiada apa-apa kerja yang bergaji boleh dilakukan. Dalam beberapa kes, kerja sukarela yang tidak dibayar boleh dilakukan, tetapi ini tidak sepatutnya menjadi sebab utama ketibaan seseorang di Australia, dan tidak harus menjadi peranan sukarela yang tidak boleh dilakukan oleh warganegara Australia yang biasa bekerja. Anda tidak boleh belajar lebih dari tiga bulan.

SOALAN – SOALAN LAZIM
• Berapa lama tempoh boleh tinggal di Australia?
Pelancong boleh tinggal di Australia untuk tempoh maksimum 3 bulan

• Berapa lama tempoh visa ini?
Visa ini akan sah untuk SATU TAHUN dari tarikh permohonan. Dan tempoh tinggal maksimum 3 bulan. Pemohon boleh keluar dari Australia sebelum tamat tempoh 3 bulan dan masuk balik untuk kiraan tempoh yang baru.

• Adakah perlu ada tiket penerbangan / tempahan hotel sebelum memohon visa?
Tidak perlu. Walau bagaimanapun, tiket penerbangan balik perlu ada semasa berlepas kerana kebisaanya akan diminta oleh imegresen sana.

• Boleh saya masukkan family saya dalam permohonan visa yang sama?
Tidak boleh. Setiap visa adalah individu, dan setiap orang perlu mempunyai passport sendiri dan visa sendiri. Tapi anda boleh memohon ETA Visa untuk orang lain dari pihak kami. Kami hanya perlukan salinan passport (ambil gambar guna phone dan whatsapp ke 0182476500)

• Berapa lama tempoh approval?
ETA Visa to Australia biasanya akan approve dalam masa 15 minit selepas kami menghantar application. Dan ada beberapa kes yang visa perlu diperiksa (special review) oleh embassy dan akan mengambil masa 24 jam.

• Jika terdapat kesalahan ejaan, apa apa yang saya perlu buat?
Setiap ejaan di dalam ETA Visa dan Pasport hendaklah sama. Jika ada kesalahan dari pihak kami, kami akan apply visa baru tanpa sebarang charge. Untuk itu, sangat penting untuk menghantar gambar details passport yang jelas kepada kami (terutamanya nombor passport). Anda mungkin tidak dapat travel jika data tidak sama.

• Jika permohonan tidak diluluskan apa yang patut saya buat?
Sistem tidak akan memberitahu kenapa visa tidak diluluskan, dan pemohon perlu ke nearest Australia Visa Office untuk keterangan lanjut.

Banyak sebab / reason kenapa visa ETA Aussie tuan/puan tidak approve / di reject by system. Antaranya:
1. Pernah ke Australia sebelum ni.
2. Ada bad rekod lawatan terakhir di Australia sebelum ni.
3. Ada bad rekod di Malaysia (Bangkrap/ senarai Hitam/ jenayah)
4. Suspect Nak pergi Bekerja di Australia.

Untuk Proses Rayuan, sila download borang ini, Klik: http://bit.do/etarayuform dan lengkapkan. Kemudian emailkan borang beserta dokumen di bawah ke [email protected]
1. Bank Statement
2. Flight ticket (jika sudah beli)
3. Hotel Booking (Jika sudah ada)
4. Itinerary lawatan
5. Geran tanah/ kereta
6. lain² dokumen menyokong permohonan rayuan

*Remark:*
Sertakan ayat yang menyatakan tujuan tuan/puan ke Aussie adalah untuk bercuti/ business trip dan bukan untuk tujuan overstay/ bekerja ini kerana kerajaan Aussie sangat memandang serius rakyat Malaysia yang ke Aussie untuk bekerja disana tanpa memohon visa pekerja yang sepatutnya.

Keputusan permohonan rayuan / appeal selalunya mengambil masa dalam tempoh 7 hari berkerja.

This Post Has One Comment

  1. Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply

Close Menu